Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia

Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sejak 1990 sebagai Menteri Besar Kelantan disenaraikan sebagai antara pemimpin Islam berpengaruh di dunia.

Daripada senarai 50 personaliti yang dinamakan, Nik Aziz menduduki tempat yang ke-42.

Nama 50 personaliti ini disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”. Edisi pertama dikeluarkan baru-baru ini oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Read more...

EGM kedua MCA batal, pemilihan semula dalam 6 bulan?

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua MCA mungkin tidak akan diadakan dan komponen parti Barisan Nasional (BN) kedua terbesar itu mungkin mengadakan pemilihan semula dalam tempoh enam bulan.

Menurut sumber itu, kedua-dua pihak kini berusaha ke arah tersebut kecuali persoalannya sekarang bilakah pemilihan semula itu akan diadakan memandangkan keduadua pihak yang berbalah tidak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan untuk pemilihan semula itu diadakan.

Kumpulan yang diketuai Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju mengadakan pemilihan semula selepas sistem undian terus dikemas  kini iaitu antara enam ke lapan bulan tetapi kumpulan yang diketuai Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai mahukan pemilihan semula itu diadakan secepat mungkin selepas EGM yang sepatutnya diadakan pada Nov 28 ini, dibatalkan.

Read more...

Kota Siputeh: Permohonan SPR tangguh kekosongan diputus Isnin

KUALA LUMPUR, Nov 20 - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Read more...

Najib cadang formula selesai krisis MCA


KUANTAN, 20 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mencadangkan formula bagi menyelesaikan krisis MCA selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama parti itu sejak semalam.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pemimpin MCA sedang menimbangkan cadangan yang beliau berikan dan yakin mereka akan bersetuju dengan formula dicadangkan itu.

Read more...

Husam dedah konspirasi gugur beliau dari Kabinet Kelantan

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 ? Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Read more...

Sponsored Links