Husam patut tinggalkan PAS?

PETALING JAYA, Nov 21 – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang semalam mengakui wujudnya elemen konspirasi untuk menjatuhkan beliau wajar meninggalkan kerajaan negeri dan PAS?

Pembantu kanan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang minggu lalu dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu berkata beliau amat gembira jika Husam meninggalkan kerajaan negeri Kelantan.

Kata beliau, tidak berada dalam kerajaan negeri dan meninggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.

Read more...

PAS Kelantan serah pada Nik Aziz selesai isu haji, menantu

KOTA BARU, Nov 21 - PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

Semalam, Ariffahmi yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan yang beliau telah diminta oleh Menteri Besar Kelantan itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang kini menjadi tumpuan kontroversi.

Read more...

UPSR: Keputusan 4 sekolah di Sabah ragukan, disemak semula

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

Read more...

Mayat Beng Hock sudah digali, bedah siasat kedua pagi esok

Mayat Beng Hock sudah digali, bedah siasat kedua pagi esok

TERKINI 3

Oleh Syed Jaymal Zahiid

SEMENYIH, Nov 21 — Mayat Teoh Beng Hock – yang kematiannya mencetuskan kontroversi empat bulan lalu – sudah digali semula pagi tadi bagi membolehkan Ketua Jabatan Patologi, Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md. Noor mengendalikan bedah siasat kali kedua, dijadual pagi esok.

Read more...

Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia

Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sejak 1990 sebagai Menteri Besar Kelantan disenaraikan sebagai antara pemimpin Islam berpengaruh di dunia.

Daripada senarai 50 personaliti yang dinamakan, Nik Aziz menduduki tempat yang ke-42.

Nama 50 personaliti ini disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”. Edisi pertama dikeluarkan baru-baru ini oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Read more...

Sponsored Links