8 MAC — Tahun ini genaplah dua tahun berlakunya Tsunami politik di Malaysia. Buat pertama kalinya selepas pilihanraya1969, parti yang memerintah tidak mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen.
Sepanjang dua tahun ini rakyat Malaysia secara tidak langsung dilatih bagi membiasakan diri untuk hidup dalam negara yang mempunyai keseimbangan kuasa diantara pemerintah dan pembangkang.
Tidak seperti sebelum-sebelumnya dimana parlimen dikuasai oleh parti pemerintah yang mempunyai kekuasaan yang tidak boleh dicabar.





