Zulhabri Supian suka berjalan dan bercita-cita untuk menghayati semangat anak muda walau nanti akan tua biologi. Zulhabri juga menulis di www.zulhabri.com.

Seni, demokrasi dan hak asasi manusia

NOV 14 — Dari tanggal 13hb hingga 15hb November, Oxygen Media, komuniti Frinjan dan SEAMUS singkatan untuk Southeast Asian Muslims for Freedom & Enlightenmetn akan menganjurkan Festival Hak Asasi Manusia (FaHAM) bertemakan, “Penulis berserta demokrasi dan pengembangan social”.

Acara yang akan bertempat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Perak iaitu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor yang lebih dikenali sebagai MCPA di kalangan budak-budak gig, Rumah Frinjan di Taman Tun Dr.Ismail dan Rumah YKP di Ipoh Perak. Saya sendiri akan menjadi pengarah program FaHAM dan dibantu oleh Alina Abdullah dan kawan-kawan di Frinjan yang lain.

Apa bezanya FaHAM ini dengan bentuk program penulisan yang lain? Sila baca di bawah

Read more...

Pemotoran, Mat Rempit dan dasar Pakatan

OKT 31 — Pejam celik tanpa disedari penganjuran kejuaraan Moto GP di Malaysia telah memasuki edisi ke 19 setelah pertama kali menjejak kaki di bumi bertuah ini di Batu Tiga Shah Alam pada tahun 1991. Sebelumnya siri kejuaraan ini dipanggil dengan nama lain iaitu Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia dengan siri 500cc sebagai kelas perdana dengan nama-nama besar pada ketika itu seperti Eddie Lawson, Wayne Rainey, Mick Doohan, Randy Mamola dan ramai lagi. Siri Moto GP yang ada sekarang mula diperkenalkan pada tahun 2002.

Read more...

Saatnya silatulrahmi murahnya melancong

OKT 22 — Melancong baik di dalam negara mahupun di luar negara sering menjadi agenda setiap orang yang hidup di muka bumi dan maka kerana itu tidak hairanlah melancong atau kembara itu sering menjadi hobi atau minat yang menjadi kegilaan sesetangah orang.

Dalam kes penulis pula, saya secara peribadi mulai melancong pertama kali secara sendiri ke Shah Alam dari Kapar, Selangor semasa berada di darjah 4 iaitu tahun 1991. Berbekalkan wang simpanan belanja persekolahan, saya memberanikan diri menaiki bas tempatan dan risiko kena “pau” di stesen bas Klang untuk langkah pertama melancong atau lebih cool disebut “jalan-jalan”. Selepas itu semuanya menjadi sejarah dan jalan-jalan ke mana sahaja bukan perkara yang perlu dirungsingkan itu dan ini sebaliknya maju terus dan percaya diri.

Read more...

Dilema perubahan di Malaysia

OKT 15 — PAS khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya menerima pukulan teruk ekoran kekalahan mereka kepada Barisan Nasional yang diwakili Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Pelbagai analisa keputusan telah ditawarkan baik dari penganalisa politik mahupun rakyat, dan yang paling dominan adalah faktor Tan Sri Isa Samad.

Bagi saya sendiri, keputusan Bagan Pinang ini sebenarnya member tamparan hebat kepada semua rakyat Malaysia yang menginginkan sebuah negara yang mempunyai “moral” yang tinggi di dalam sudut pandang yang lebih besar. Apa dia itu?

Read more...

Muzik adalah ibadah!

SEPT 22 — Bulan Ramadan di Malaysia dan belahan dunia lainnya dianggap bulan suci dan sakral yang dinanti kehadirannya oleh umat Islam dan di bulan ini jugalah masing-masing membuat azam baru untuk mempertingkatkan amalan “baik” dan secara tiba-tiba berubah menjadi orang lain termasuklah dari kelompok penggiat seni budaya,lagi-lagi dari aliran muzik.

Ramadan di Malaysia sinonim dengan bulan tertutupnya  rezeki pemuzik di Malaysia baik yang bemain sebagai solo, duo mahupun band. Penganjur dan promoter gig atau konsert muzik tidak berani untuk menganjurkan sebarang acara dan para pemuzik tempatan terutamanya hilang mata pencarian. Mujur ada juga acara-acara rakaman khas oleh stesen televisyen untuk tontonan di Hari Raya, namun ia terhad untuk pemuzik-pemuzik yang sudah mencipta nama dan kumpulan-kumpulan nasyid. Bagaimana pula dengan yang biasa-biasa saja dan tidak bermain muzik nasyid?

Read more...

Sponsored Links