Namun sebagai ‘Orang Melayu Penang’ dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang saya tak dapat memandang rendah isu ini apatah lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang berada pada tahap tekanan yang kuat dan serangan yang saya sifatkan setiap saat kepada Pakatan Rakyat.
Sebelum ini kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng diserang oleh rakannya sendiri dari PKR iaitu Datuk Zahrain MP Bayan Baru dan mantan Ketua Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang. Serangan seperti Chauvinist, berfikiran Komunis adalah sesuatu yang melampau kepada seorang rakan.




