Uthaya Sankar SB merupakan seorang sasterawan yang berkarya dalam Bahasa Malaysia. Buku terbarunya, Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009). Uthaya adalah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang aktif mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.

Diwali perlukan reformasi

OKT 16 — Sempena Deepavali esok, jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan jiran, jangan terkejut sekiranya saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang telah saudara harapkan. Saudara mungkin terpaksa sekadar menyertai ahli keluarga tuan rumah untuk menonton pelbagai program hiburan di televisyen.

Malah, lebih teruk lagi jika kunjungan tetamu tidak diharapkan. Sebenarnya kenyataan ini mungkin sahaja kedengaran agak keterlaluan. Namun, realiti terpaksa kita hadapi. Perayaan Deepavali tidak lagi memiliki semangat tradisional. Sudah luntur nilai asli. Yang tinggal hanya “perayaan”.

Read more...

Namesake

OKT 9 — Sejak kecil, saya sedar bahawa nama saya amat unik dan istimewa. Malah gharib; lain daripada yang lain. Sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja, saya tidak menemui insan lain dengan nama yang sama: Uthaya Sankar. Apatah lagi insan lain bernama “Uthaya Sankar SB”!

Nama paling hampir yang saya temui adalah Shankar, rakan sekolah semasa Tingkatan 4, dan Uday Shankar semasa Tingkatan 6. Juga seorang pelajar lain bernama Uthaya Kumar.

Maka, tidak hairan juga jika sejak kecil, saya sering mencatatkan dalam buku: “There shall never be an other me” — dengan penggunaan “an other” dan bukan setakat “another”.

Read more...

Melayu + Cina + India = 1 Malaysia?

SEPT 25 — Akhbar-akhbar perdana pada 21 September melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap amalan rumah terbuka dapat dijadikan satu budaya yang menyerlahkan semangat 1 Malaysia sebagai gagasan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Foto-foto yang disiarkan pula secara amat sengaja menunjukkan individu kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menganyam ketupat atau makan.

Read more...

Kuil, babi dan kepala lembu

SEPT 11 — Terus-terang, saya pada mulanya kurang berminat mengikuti perkembangan isu berkaitan cadangan pemindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke tapak seluas 0.2 hektar di Seksyen 23, Shah Alam.

Saya tidak berminat walaupun rumah saya terletak di Seksyen 25 dan selalu juga saya melalui kawasan Seksyen 19 dan Seksyen 23.

Saya ada terbaca pada 18 Ogos bahawa Badan Perhubungan Umno Selangor dan Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 mahu mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang pemindahan kuil berkenaan.

Read more...

Onam 1 Malaysia

SEPT 4 – Menjelang sambutan Onam pada 2 September 2009, saya memohon cuti di tempat kerja. Sebagaimana lazim, majoriti tidak pernah mendengar mengenai Onam. Atau menganggapnya sebagai upacara keagamaan di kuil.

Saya secara peribadi sudah tidak hairan dengan segala “kejahilan” Bangsa Malaysia yang hanya mengenali Deepavali, Thaipusam dan Ponggal apabila bercakap mengenai perayaan kaum India.

“Bangsa Malaysia” yang saya maksudkan pasti sahaja termasuk juga kaum India sendiri yang ketara menganggap dan mengandaikan bahawa semua penduduk kaum India di seluruh dunia adalah orang Tamil, hanya tahu Bahasa Tamil, beragama Hindu dan hanya merayakan Deepavali, Thaipusam dan Ponggal.

Read more...

Sponsored Links