Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa Malaysia weekly Siasah.

Pegawai kerajaan dan kerajaan

OKT 1 — “Tahu tak, kerajaan negeri Kelantan yang ada ini dapat bertahan hampir 20 tahun kini kerana telah menubuhkan 29 jabatan yang baru.

“Jabatan yang baru ini pula ditubuhkan untuk mengelak  pemimpin kerajaan yang ada bertembung dengan pegawai kerajaan dan untuk membolehkan kerajaan yang ada mengawal sepenuhnya jabatan-jabatan baru ini.”

Ini adalah makluman yang diberikan oleh Rosli Abdullah, timbalan pengurus Tabung Tok Kenali, salah satu jabatan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri ini mulai 1990.

Read more...

Najib hilang kawalan ke atas Umno

SEPT 2 — Apakah Datuk Seri Najib Razak mengawal penuh Umno kini? Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengannya. Kawalan beliau hanya sama sebagaimana Tun Abdullah Badawi mengawal Umno sebelum ini sahaja.

Persoalan ini menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini apabila Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berdasarkan konsep ini, kelihatan Najib mahu menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini di bawah banner satu Malaysia.

Read more...

Jatuh Nik Aziz, jatuhlah icon Pakatan

Jatuh Nik Aziz, jatuhlah icon Pakatan

OGOS 15 — Nampaknya, Umno menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai target serangan mereka akhir-akhir ini. Tokoh penyerang utama adalah tidak lain dari Timbalan Presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Ramai yang bertanya, kenapa Nik Aziz? Kenapa bukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Bagi saya, jelas sekali Umno sedar bahawa faktor penyatu utama Pakatan Rakyat sekarang adalah Nik Aziz di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai operator utamanya. Bolehlah diumpamakan, Nik Aziz adalah Pengerusi manakala Anwar adalah Presiden Pakatan Rakyat.

Read more...

Pengajaran untuk PAS dan Pakatan Rakyat

JULAI 17 — Kira-kira jam 4 petang Julai 14, ketika pengundi Manek Urai masih sibuk mengundi, Pengarah Operasi pilihan raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun, mengeluarkan kenyataan kepada media, "PAS akan menang 2,000 undi."

Sebelum itu, ketika hari masih pagi di hari yang sama, berita angin tersebar kira-kira 1,300 pengundi luar PAS pulang untuk mengundi. Ia melebihi dari mereka yang pulang ketika pilihan raya umum 2008 lalu iaitu seramai 1,200 orang.

Read more...

Jejak kasih di Manek Urai

JULAI 8 — Pada tahun 1970 dahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Asri Haji Muda memperlawa para anak muda Kelantan untuk menjadi peneroka tanah.

Di peringkat parti pula, beliau menggesa para pemuda PAS agar menyahut cabaran kerajaan negeri itu. Sebagai pemimpin yang merancang aktiviti partinya, beliau merangka rancangan agar setiap cawangan PAS menghantar 10 pemudanya untuk menyertai rancangan itu.

Read more...

Sponsored Links